Kuala Lumpur: Jumlah tunggakan bayaran interim kepada kontraktor serta pampasan pemilik tanah yang masih belum dilunaskan setakat 30 September lalu berjumlah RM259.503 juta membabitkan 112 projek.
EXCO Pemuda UMNO yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Fadzmel Fadzil berkata, situasi itu mengakibatkan kontraktor kecil, termasuk kontraktor Bumiputera tidak memperoleh bayaran biarpun kerja sudah diselesaikan.
Beliau berkata, tunggakan itu menepis tuduhan kononnya KKDW sudah membuat komitmen berlebihan, sebaliknya ia hasil tunggakan daripada tahun-tahun terdahulu, di mana projek sudah berjalan tetapi tidak dibayar.
"Apa yang ramai tak tahu, surat bertarikh 10 September lalu oleh MOF (Kementerian Kewangan) secara jelas mengarahkan langkah kawalan perbelanjaan. Satu duit tunggakan tak diberikan, duit yang sudah diluluskan diarahnya untuk 'ditangguhkan'.








