PETALING JAYA – Pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) diberikan kemudahan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid sempena sambutan Deepavali.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, kemudahan itu akan berkuat kuasa mulai 5 November 2026 (Khamis) hingga 13 November 2026 (Jumaat).

“(Ia) bagi memberi ruang kepada pelajar dan tenaga pengajar yang meraikan Deepavali untuk pulang ke kampung halaman serta meluangkan masa bersama keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, KPT menjelaskan bahawa pelaksanaan kemudahan itu tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing.