Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir memberi amaran kepada tokoh politik supaya tidak menjadikan pelajar Universiti Malaya Ummi Umairah Bakhit sebagai senjata propaganda. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir mempertahankan seorang pelajar Universiti Malaya (UM) yang mempersoalkan usaha pengumpulan dana untuk Najib Razak, dengan berkata pelajar itu tidak akan dikenakan tindakan oleh kementeriannya atau universiti.
Dalam video TikTok yang dimuat naik hari ini, Zambry turut menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) meneliti hantaran dan akaun media sosial terbabit dalam mengecam Ummi Umairah Bakhit, termasuk sama ada akaun palsu digunakan.
"Ada yang mengatakan pelajar ini telah pun dilakukan intimidasi terhadap beliau, diugut, dimaki hamun dan sebagainya," katanya dalam video itu.








