Ahli Parlimen Batu P Prabakaran berkata, pihak berkuasa perlu ambil tindakan yang jauh lebih tegas terhadap individu rosak rumah ibadat.KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan agar pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara serta-merta terhadap mana-mana individu yang didapati merosakkan rumah ibadat, berbanding sekadar mengenakan denda.

P Prabakaran (PH-Batu) membangkitkan kes baru-baru ini apabila patung keagamaan di sebuah kuil berhampiran Lebuhraya Baru Pantai dirosakkan.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang jauh lebih tegas terhadap individu-individu yang mencemarkan rumah ibadat.

“Jangan benarkan ikat jamin atau ambil tindakan lain yang akan merumitkan keadaan. Terus penjarakan mereka. Ini cadangan saya kepada kerajaan,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.