KUALA LUMPUR: Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentangan Belanjawan 2027 yang amat prihatin terhadap rakyat.

Presiden PERMIM, Mohamed Azman Shah berkata, ia khususnya pengumuman elaun sara hidup sebanyak RM2,500 sepanjang tempoh pengajian kepada pelajar Tingkatan 6.

“Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada pelajar STPM yang menyamai kadar pelajar Matrikulasi dan amat bermakna dalam meringankan beban keluarga B40 dan M40 demi memastikan pendidikan anak-anak terus terpelihara.

“Selain itu, kami turut menghargai kenaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada RM200 seorang serta pelbagai bantuan ekonomi rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah, SARA dan bantuan eKasih yang mengangkat taraf sosio-ekonomi golongan memerlukan,” katanya dalam kenyataan.