TUMPAT – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengenal pasti kekosongan asrama di beberapa sekolah sebagai persediaan untuk menempatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir.

Pengarah JPN Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, langkah itu bagi memastikan calon SPM yang terjejas akibat banjir dapat dipindahkan ke lokasi lebih selamat sebelum menduduki peperiksaan.

Menurutnya, pemindahan calon berkenaan mungkin dilakukan lebih awal sebelum peperiksaan bertulis bermula bergantung kepada situasi semasa.