GUA MUSANG – Sebanyak 87 saman dikeluarkan dan enam motosikal disita dalam Op Bersepadu di sekitar Bandar Gua Musang di sini malam tadi.

Operasi yang dijalankan polis dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gua Musang itu turut menahan dua lelaki tempatan berusia 16 dan 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, operasi bermula pukul 11 malam itu membabitkan seramai 44 pegawai dan anggota daripada pelbagai bahagian serta agensi.