TEL AVIV: Dua stesen televisyen Israel mengemas kini tinjauan keluar masing-masing, yang kini meramalkan blok pimpinan Benjamin Netanyahu dan gabungan pembangkang pimpinan Gadi Eisenkot memperoleh jumlah kerusi yang sama.

Kan 11 dan Channel 13, dua penyiar utama negara itu, menyemak semula tinjauan keluar mereka dengan meletakkan kedua-dua blok pada 51 kerusi setiap satu.

Sementara itu, Channel 12, satu lagi penyiar utama Israel, mengunjurkan blok Netanyahu memperoleh 50 kerusi, manakala pembangkang mendapat 52 kerusi, sekali gus mengecilkan perbezaan unjuran berbanding keputusan awal malam tadi.

Seseorang calon memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 61 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan gabungan dengan majoriti.