Apabila sesebuah kerajaan Malaysia memasuki tahun ketiga pemerintahan dan membentangkan belanjawan untuk tahun berikutnya, ada satu soalan yang lazim ditanya, apatah lagi jika belanjawan menawarkan pelbagai inisiatif yang dilihat baik untuk rakyat. Yang bertanya termasuklah ahli politik terutamanya pembangkang, penganalisis dan ahli akademik, media, dan orang ramai.
Pertanyaannya ialah, adakah belanjawan yang dibentang satu belanjawan pilihan raya? Mengapa ditanya sedemikian ialah kerana banyak goodies yang diberi menerusi belanjawan itu.
Most of the time yang diluah bukan pertanyaan. Sebaliknya, ia satu syak oleh orang yang bertanya. Si penanya sudah membuat kesimpulan sendiri sebelum bertanya, hence giving a statement under the guise of a question. Lalu orang yang bertanya mensyaki goodies bertujuan untuk mengambil hati rakyat supaya mengundi parti memerintah yakni pihak yang membentangkan belanjawan apabila pilihan raya diadakan kelak.







