KUALA LUMPUR: Pengamal media diminta melaporkan kejadian banjir dengan lebih tepat khususnya dari segi lokasi bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata, ini kerana terdapat sesetengah laporan media yang mengaitkan kejadian banjir dengan Kuala Lumpur walaupun lokasi sebenar kejadian berkenaan berada di luar kawasan pentadbiran ibu negara.
“Apabila laporan banjir menyebut Kuala Lumpur dan orang ramai akan menganggap kejadian itu berlaku di ibu negara, sedangkan lokasi sebenar bukannya berada dalam ibu negara.
“Laporan berita mengenai hotspot banjir kena tepat. Kalau bukan dalam Kuala Lumpur, jangan sebut ‘KL’ sebab mengelirukan. Apabil









