KUALA LUMPUR: Stesen MRT Raja Uda kini dijenamakan semula kepada MRT Raja Uda–Institut Jantung Negara (IJN) dalam usaha memperkukuh hubungan antara kemudahan pengangkutan awam dengan perkhidmatan kesihatan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, langkah tersebut dapat menjadi sebagai sebahagian penyampaian maklumat berkaitan kesihatan jantung kepada pengguna menerusi perkhidmatan pengangkutan awam.

“Mesej mengenai pencegahan penyakit jantung, amalan gaya hidup sihat dan kepentingan pemeriksaan kesihatan disampaikan kepada masyarakat di luar persekitaran hospital.

“Usaha berkenaan juga dapat membantu memupuk kesedaran sejak usia muda mengenai ke