BAITULMAQDIS : Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Iran dan sekutunya mungkin cuba mengganggu pilihan raya Israel esok.
Sehubungan itu, beliau memberi amaran awal kepada republik Islam itu supaya tidak melakukan sebarang tindakan permusuhan dan jangan cuba 'uji Israel'.
Kenyataan itu dibuat ketika Channel 12 Israel melaporkan, dengan memetik sumber tidak dinamakan, bahawa berlaku pertelingkahan antara Netanyahu dan Ketua Tentera, Eyal Zamir.
Ia berhubung arahan baharu yang tidak diperincikan berkait perang dengan Iran, yang kemudiannya dinafikan Netanyahu.








