BAITULMAQDIS – Pilihan raya umum Israel kini berdepan situasi tergantung apabila kedua-dua blok politik utama negara itu dijangka gagal memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, selepas lebih separuh daripada undi selesai dikira, lapor perbadanan penyiaran BBC.
Berdasarkan kiraan semasa yang kini mencecah 60 peratus, tiada satu pun pihak berada di landasan kukuh untuk menguasai parlimen.
Keputusan awal menunjukkan parti Likud pimpinan Benjamin Netanyahu kekal sebagai parti tunggal terbesar.
Susulan itu, Netanyahu menyeru pembentukan sebuah kerajaan sayap kanan yang ‘teguh’ bagi menerajui pentadbiran negara.








