KUALA LUMPUR – Pelakon, Elisya Sandha menyerahkan kepada saluran penstriman iQIYI mengenai nasib drama kontroversi lakonannya, Madu atau Racun yang masih lagi ‘digantung’ selepas tayangan episod keenam pada September lalu.

Elisya atau nama lengkapnya, Nur Elisya Sandha, 27, berkata, sebagai pelakon dia hanya menunggu perkembangan keputusan hasil suntingan semula naskhah terbabit seperti diumumkan sebelum ini.

“Sejujur-jujurnya saya pun masih menunggu tayangan episod ketujuh yang saya sendiri tidak tahu bila akan keluar.

“Apa yang boleh saya katakan mengenai Madu atau Racun, saya hanya seorang pelakon dan menjalankan tugas,” katanya selepas majlis pengumu