MELAKA – Percaturan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 semakin panas dengan 75 calon telah diumumkan oleh lima gabungan dan parti setakat ini.

Proses pengumuman calon oleh parti yang bertanding bermula seawal Ogos lepas dengan Parti Bersama Malaysia (Bersama) menjadi yang terawal memperkenalkan 16 calonnya.

Ia disusuli Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan akan bertanding di 21 kerusi pada 24 Okt, sebelum menambah tiga lagi kerusi menjadikan gabungan itu bertanding di 24 kerusi keseluruhan setakat ini.

Sebanyak 10 daripada kerusi itu diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala masing-masing tujuh untuk DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).