Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Khamis ini, dua hari sebelum hari penamaan calon 31 Oktober ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pengumuman calon PN itu dibuat secara berasingan dengan Barisan Nasional (BN).

"Sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Presiden PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kita akan mengadakan pengumuman calon itu berasingan dengan UMNO.

"Saya difahamkan UMNO akan mengumumkan calon malam malam ini bersama pelancaran jentera parti.