Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata penangguhan umum calon di Kota Laksamana ambil kira beberapa penelitian dan pertimbangan akhir.PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menegaskan keputusan tidak mengumumkan seorang daripada enam calon PRN Melaka bukan berpunca pertikaian antara parti komponennya.
Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata penangguhan pengumuman calon bagi kerusi itu dibuat kerana gabungan masih meneliti beberapa perkara, sebelum memuktamadkan pemilihan calon terbaik.
“Ada satu kerusi yang tidak diumumkan. Kita bukan ketandusan calon, cuma ada beberapa penilaian yang sedang diteliti dan perlu dibuat pertimbangan akhir. Ada beberapa perkara berbangkit yang perlu kita selesaikan.







