PETALING JAYA – Sikap prihatin seorang guru yang sanggup menggosok pakaian anak muridnya yang basah akibat hujan sebelum menduduki ujian lisan mengundang perhatian netizen.
Perkara itu dikongsi seorang pengguna Threads, @ija_syariza, memaparkan keprihatinan seorang guru yang membantu menggosok pakaian murid yang basah terkena hujan sebelum mereka menjalani ujian lisan.
Tindakan itu memperlihatkan pengorbanan seorang pendidik yang sanggup melakukan sesuatu di luar bidang tugas demi menjaga kebajikan anak muridnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tersentuh dengan keikhlasan guru berkenaan









