SAN FRANCISCO: Gergasi kopi Amerika Syarikat (AS), Starbucks, mencatatkan penurunan hasil sebanyak 4.5 peratus tahun ke tahun kepada AS$9.14 bilion pada suku keempat tahun kewangan 2026, manakala keuntungan bersih melonjak 408.8 peratus, sebahagiannya mencerminkan penurunan ketara dalam kos penstrukturan semula dan kemerosotan nilai, lapor Xinhua.
Menurut keputusan kewangan syarikat bagi suku 13 minggu yang berakhir pada 27 September lalu, keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada Starbucks meningkat kepada AS$677.2 juta berbanding AS$133.1 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Pendapatan sesaham dicairkan meningkat kepada AS$0.59 daripada AS$0.12, manakala pendapatan sesaham terlaras bukan GAAP melonjak 53.8 peratus kepada AS$0.80.






