PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju meminda garis panduan pengurusan kenderaan terbiar bagi mempercepat proses pelupusan yang sebelum ini didapati mengambil masa terlalu lama.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat Jemaah Menteri selepas mengambil kira pelbagai pandangan dan aduan diterima berhubung pelaksanaan garis panduan sedia ada.
Katanya, cadangan pindaan berkenaan dibawa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menambah baik proses pengurusan serta pelupusan kenderaan terbiar.
"Jemaah Menteri bersetuju dengan pandangan dan kertas cadangan yang dibawa MOT serta KPKT untuk meminda garis panduan pengurusan kenderaan terbiar.






