Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata peguam akan terus diperlukan meskipun terdapat bantuan yang disediakan oleh AI. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pendaftar akan mengeluarkan pekeliling mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam prosiding mahkamah dalam tempoh beberapa minggu lagi, kata Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
“Kami tidak menghalang mereka (daripada menggunakan AI), malah kami menggalakkannya. Perlu ada garis panduan untuk mereka patuhi.
“Sama ada kita suka atau tidak, kita perlu menerimanya,” katanya sambil menambah bahawa AI boleh menjimatkan banyak masa dan mengurangkan beban kerja badan kehakiman jika digunakan dengan betul.
Wan Farid berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia.







