KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mempergiat usaha memperkukuh inovasi dalam sektor perbankan menerusi pelaksanaan Bank Rakyat Fintech Accelerator Programme 2026 (BRFAP 2026), bagi membangunkan penyelesaian teknologi kewangan yang mampu meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik pengalaman pelanggan.

Program itu dilaksanakan menerusi kerjasama Bank Rakyat dengan PlugAndPlay serta Persatuan Fintech Malaysia (FAOM), yang dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU), dengan sokongan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

BRFAP 2026 menerima sambutan menggalakkan apabila merekodkan sebanyak 79 permohonan secara keseluruhan, sebelum melabuhkan tirainya menerusi majlis penyampaian hadiah di Menara Kembar Bank Rakyat.