KUALA LUMPUR : Adik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir yang membuat kemunculan dan memegang watak sebagai Tun Abdul Razak dalam filem Kudrat 1968: High Council berkongsi rasa berbesar hati atas peluang yang diberikan.
Nazir menerusi hantaran di Threads turut berkongsi bahawa tahun ini, genap 50 tahun pemergian Perdana Menteri kedua Malaysia yang juga bapanya.
"Menjadi Tun Razak. Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjadi Tun Razak dalam filem Kudrat 1968: High Council.
"Dalam banyak-banyak tahun, peluang ini hadir pada tahun ini, genap ulang tahun ke-50 selepas beliau meninggal dunia pada 1976.








