KUALA LUMPUR : Penyanyi nasyid terkenal, Nazrey Johani memaklumkan berasa sedih apabila menyanyikan lagu Assolatuwasalam dalam sesi latihan untuk persiapan konsert The Rayhan Syukur 2026, esok.

Nazrey, 55, berkata, lagu ini mengembalikan kenangan ketika dia bersama Raihan pada awal kemunculan mereka pada 1996.

"Bila kami mulakan latihan dengan lagu pertama, Assolatuwasalam, saya sebenarnya dah rasa sebak, sebabnya saya terkenal masa saya bersama Raihan.

"Dulu kami menyanyikan lagu-lagu ini dalam konsert serta pernah beraksi di luar negara seperti Singapura, Indonesia dan pelbagai lagi. Secara tak langsung saya sedih mengenangkan masa lalu," katanya.