KUALA LUMPUR: Big Tree, peneraju industri pengiklanan luar rumah (OOH) di Malaysia dan anak syarikat Media Prima Berhad, memperkenalkan pengalaman pengiklanan interaktif menerusi Big Tree OOH City Tour 2026.
Program itu memberi peluang kepada pengamal industri media melihat sendiri potensi OOH dalam persekitaran sebenar, termasuk bagaimana medium berkenaan mampu berinteraksi dengan masyarakat.
Berteraskan tema "Bagaimana Jika Bandar Ini Mendengar Suara Anda?", peserta dibawa meneroka beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur bagi merasai pengalaman OOH secara langsung.
Selain itu, perjalanan bermula di Cosmic Towers milik Big Tree, yang menampilkan dua skrin digital berserta audio di pintu masuk NU Sentral.










