SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terus mengekalkan aksi konsisten selepas melengkapkan sesi latihan di kedudukan keempat dan sekali gus mengesahkan tempat pada kelayakan 2 (Q2) Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang di sini, esok.
Anak muda berusia 19 tahun yang mewakli pasukan AEON Credit MT-Helmets MSi itu mencatat masa sepusingan 2 minit 11.573 saat (s).
Pelumba Sepanyol, David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP pula mencipta masa terpantas 2:11.427s, manakala, penunggang Tech3 Racing, Rico Salmela dari Scotland berada di tempat kedua (2:11.496s) dan pelumba Indonesia, Veda Pratama dari Honda Team Asia di kedudukan ketiga (2:11.519s).








