KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah, dua tahun lalu.

Hakim Harmi Thamri Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap PPNP yang diwakili bendaharinya, Wan Aidie Amin Wan A. Aziz pada akhir kes pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, PPNP pada 18 Jun 2024 kira-kira pukul 2 petang telah melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan negeri Pahang di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan, Kuantan.

Pertubuhan itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 dan dibaca bersama Seksyen 428aa Kanun Tanah Negara (revised 2020) Akta 828 iaitu kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828.