Dr Wong Kar Lin terbunuh selepas tanah runtuh melanda bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, pada Ahad lalu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Sebuah kumpulan alam sekitar menggesa siasatan bebas dijalankan berhubung kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang yang meragut nyawa seorang doktor, sambil menyatakan bahawa orang ramai, khususnya mereka yang tinggal di bawah lereng bukit yang dibangunkan, berhak mendapat penjelasan.
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) berkata siasatan itu perlu merangkumi lawatan tapak oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada Ogos, surat kepada perunding projek pembangunan berkenaan serta keputusan yang dibuat selepas itu.
Pertubuhan itu turut menuntut pendedahan penuh laporan kestabilan cerun dan geoteknikal, pelan saliran, rekod pemeriksaan serta pengesahan pematuhan.






