Istanbul: Sebuah kapal tangki minyak terbakar selepas terkena periuk api laut di timur Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Agensi berita rasmi Iran (IRNA) melaporkan pada Selasa bahawa Tentera Laut Iran berkata kapal tangki itu mematikan sistem pengesanannya dan cuba melalui kawasan yang "dihadkan dan tidak selamat" sebelum terkena periuk api berkenaan.
Kapal itu mengalami kerosakan dan terbakar, menurut kenyataan itu.
Tentera Laut Iran tidak memberikan butiran mengenai identiti kapal tangki berkenaan, negara benderanya, anak kapal atau kemungkinan jumlah kematian.








