MANCHESTER – Mantan pengurus Newcastle United, Eddie Howe dilaporkan menjadi pilihan pertama pemilik saham Manchester United, Sir Jim Ratcliffe sekiranya mereka membuat keputusan berpisah dengan Michael Carrick.
Masa depan Carrick kini berada dalam situasi bahaya ekoran The Red Devils mengalami beberapa keputusan mengecewakan, gagal meraih sebarang kemenangan dalam lapan perlawanan di semua pertandingan.
Beberapa lagi calon pengganti turut dikaitkan dengan United termasuk bekas pengendali Jerman dan Bayern Munich, Julian Nagelsmann, namun Howe dikatakan menjadi pilihan kerana pernah membuktikan kualiti ketika bersama Bournemouth dan Newcastle United.
Ratcliffe kekal dengan pendirian untuk mengutamakan pengurus berbangsa Inggeris bagi menerajui United menyebabkan Howe dianggap terbaik berbanding beberapa lagi calon lain termasuk Fabien Hurzeler dan Antonio Conte/






