Kuala Lumpur: Seorang bekas anggota polis memohon campur tangan Peguam Negara (AG) bagi membuka semula siasatan kes pukul membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang didakwa berlaku lebih sedekad lalu.

Langkah itu dibuat seminggu selepas Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.

Peguam Kamal Hisham Ja'afar dan Muhammad Nor Tamrin berkata, anak guam mereka, Saifuddin Abdul Kader, membuat laporan polis terhadap Mohd Shuhaily pada 19 November 2015, ketika Mohd Shuhaily berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak.