HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya dipercayai bertembung dengan seekor babi hutan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori 10 tayar di Stesen Minyak Five Kalumpang, Kuala Kubu Baharu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.16 pagi itu, mangsa ditemukan tersepit di dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kua