London: Manchester United mengambil keputusan untuk tidak memecat Michael Carrick kerana tak yakin dengan kemampuan calon pengurus yang tersedia untuk menggantikannya.

Keputusan itu menyaksikan pemilik bersama United, INEOS, secara mengejut mengubah pendirian berhubung rancangan untuk memecat Carrick, meskipun kelab itu gagal mencatat kemenangan dalam lapan perlawanan dan kini menghuni tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali itu dipanggil menghadiri perbincangan krisis di pusat latihan Carrington kelmarin, sebelum pihak pengurusan memutuskan untuk memberinya peluang mengubah nasib pasukan.

Carrick sekurang-kurangnya akan terus mengendalikan United bagi kunjungan ke Chelsea, Sabtu ini. Beliau turut mengendalikan sesi latihan semalam selepas pemain diberikan cuti seperti biasa kelmarin.