KUCHING – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya ditemukan meninggal dunia di Ulu Sungai Plaie, di sini, malam tadi.
Mayat mangsa, Mohd. Nordin Mohd. Othman, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira pukul 8 malam dalam lingkungan 800 meter dari jeti kampung berkenaan.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, penemuan itu susulan maklumat seorang penduduk Kampung Tuba yang ternampak seekor buaya dipercayai membawa sesuatu di dalam mulutnya ketika dalam perjalanan pulang selepas menziarahi keluarga mangsa.






