Kuala Lumpur: Tiada kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat di seluruh negara pagi ini.

Berdasarkan data terkini, sebanyak 43 stesen pemantau merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 7.50 pagi ini.

Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan merekodkan bacaan sederhana.

Ia membabitkan Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Melaka, Selangor, Perak , Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.