Setakat 6 petang tadi, tiada kawasan di seluruh negara catat kualiti udara tidak sihat. (Gambar Envato Elements)PETALING JAYA: Tiada kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat di seluruh negara setakat 6 petang tadi, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (Apims) Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Sebaliknya, 49 stesen merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana hari ini, didahului stesen Samalaju di Sarawak dengan bacaan 98.
Beberapa stesen lain di Sarawak turut mencatatkan bacaan sederhana termasuk Bintulu (85), Kuching (77), Sri Aman (75), Samarahan (74), Sibu (72) dan Sarikei (67).
Stesen yang mencatatkan bacaan sederhana di Semenanjung pula kebanyakannya berada di Johor, diikuti Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.







%2Ffile%2Fattachments%2F888%2F24323424234_232754_808944.png&w=480&output=webp&q=85&we)

