Ketua Pengarah APKS, Shuhaily Zain ketika didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Okt lalu kerana menggasari dua anggota polis.PETALING JAYA: Seorang bekas anggota polis menggesa Peguam Negara meneliti semula laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (APKS), Shuhaily Zain kerana didakwa mengasarinya dalam satu kejadian pada 2015.

Peguam Kamal Hisham Ja'afar dan Muhammad Nor Tamrin yang kini mewakili bekas anggota polis berkenaan, Saifuddin Abdul Kader berkata anak guamnya membuat laporan polis terhadap Shuhaily pada 19 Nov 2015, ketika ketua pengarah AKPS itu berkhidmat sebagai ketua polis Hilir Perak.

"Susulan pertuduhan dikenakan terhadap Shuhaily kerana menyerang dua anggota polis mingu lalu, kami menerima maklumat awam daripada pengadu yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan beliau pada 2015.