Anggota risik APMM Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, maut, manakala tiga lagi anggota cedera selepas bot dinaiki dipercayai langgar binaan konkrit di perairan Kuala Sungai Padang dekat Kuala Perlis. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden perlanggaran bot yang mengorbankan seorang anggotanya di perairan Perlis, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Mohd Zawawi Abdullah, berkata siasatan itu bertujuan mengenal pasti sebarang kelemahan atau keperluan penambahbaikan SOP semasa menjalankan operasi.

“Berkaitan dengan setiap operasi yang dilaksanakan oleh APMM, memang kita mempunyai SOP yang tertentu dan anggota kita sentiasa diingatkan untuk mematuhinya.