Kuala Lumpur: Keadaan jerebu di Sarawak dan beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung tidak banyak berubah apabila 14 kawasan terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga 7 pagi ini.

Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga lokasi di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi pagi ini iaitu IPD Serian (191), Kuching (186) dan Samarahan (182)

Di semenanjung, enam lokasi di Johor turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Batu Pahat (159), Pasir Gudang (159), Kluang (157) , Larkin (154), Kota Tinggi (153), dan Tangkak, 113.

Dua lokasi di Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Seremban (155) dan Nilai (154).