Putrajaya: Pelakon, Noorkhiriah menafikan dakwaan dia 'menghilang' atau berdepan masalah kesihatan, sebaliknya membuat keputusan menutup akaun Instagram kerana mahu memberi fokus kepada keluarga.
Noorkhiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 50, berkata dakwaan kononnya dia kini berdepan masalah kesihatan adalah tidak benar sama sekali.
"Alhamdulillah saya sihat. Kalau pun saya sakit, tolonglah doakan. Sebagai sesama Muslim, kita saling mendoakan.
"Sebenarnya saya ada sahaja dan tidak ke mana-mana. Cuma pada tahun 2016 semasa berada di hadapan Kaabah, saya pernah berdoa kepada Allah bahawa jika boleh, saya tidak mahu aktif di media sosial.









