Gombak: Pengalaman berdialog dan berdebat secara bersemuka dengan pengikut ajaran Qadiani pernah dilalui oleh kariah Masjid Kampung Nakhoda suatu ketika dulu, sebelum usaha itu dihentikan sepenuhnya kerana kumpulan berkenaan didapati enggan menerima nas serta dalil agama.
Timbalan Nazir Masjid Kampung Nakhoda, Ismail Abbas berkata, perkara itu bagi menjelaskan hubungan sebenar antara pihak kariah masjid dengan penempatan premis ajaran berkenaan yang terletak berdekatan masjid mereka.
"Kalau mengikut sejarah dulu, ada sahabat-sahabat kita di sini pernah berdebat dan menyanggah pendapat dengan mereka.
"Tapi oleh kerana mereka tidak menggunakan nas dan dalil, sebaliknya hanya berpegang pada akal semata-mata, kami rasa tidak ada guna untuk dipanjangkan dialog itu kerana ia membuang masa," katanya, semalam.










