Naples: Pemain tengah Napoli, Frank Anguissa menjaringkan gol akrobatik menakjubkan, namun AS Roma bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk keputusan 3-3 dalam aksi Serie A yang mendebarkan di Naples, awal pagi tadi.
Sementara itu, Como meneruskan prestasi cemerlang apabila menewaskan Sassuolo 2-0 di laman sendiri.
Roma berpeluang menduduki puncak liga jika menang, namun selepas ketinggalan 2-0 sebelum sekali lagi berada di belakang 3-2 pada penghujung perlawanan, mereka pastinya berpuas hati dengan satu mata.
Keputusan itu turut memanjangkan rekod tanpa kalah Roma dalam Serie A kepada 15 perlawanan, sejak April lalu.









