London: Pengendali Chelsea, Xabi Alonso mengakui anak buahnya perlu melakukan penilaian kendiri dan bertanggungjawab atas kekalahan 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge.

Kekalahan itu menyaksikan Chelsea tewas kepada Tottenham dalam saingan EPL buat kali pertama sejak April 2018, sekali gus menamatkan rekod positif mereka ketika berdepan seteru London berkenaan.

Gol sendiri penjaga gol, Mike Penders sebelum Mathys Tel meledak jaringan kedua menerusi aksi individu menarik memastikan Tottenham membawa pulang tiga mata, dalam perlawanan yang turut menyaksikan Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Cole Palmer dilayangkan kad merah.

Alonso mengakui Chelsea gagal mempamerkan intensiti permainan yang diharapkan, terutama pada babak pertama apabila mereka tidak cukup agresif ketika melakukan tekanan tinggi dan memenangi perebutan bola.