KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Sarawak dan beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung tidak banyak berubah apabila 14 kawasan terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat sehingga 7 pagi ini.

Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga lokasi di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi pagi ini iaitu IPD Serian (191), Kuching (186) dan Samarahan ( 182).

Di semenanjung, enam lokasi di Johor turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Batu Pahat (159), Pasir Gudang (159),Kluang (157) , Larkin (154), Kota Tinggi (153), dan Tangkak, 113.

Dua lokasi di Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Seremban (155) dan Nilai (154).