Syarikat teknologi terkemuka, Apple melancarkan siri baharu MacBook Pro 14 inci yang dikuasakan cip baharu, Appe M6.
Menerusi penggunaan cip baharu itu, ia membawa peningkatan prestasi, keupayaan kecerdasan buatan (AI) pada peranti dan sambungan lebih pantas untuk pelajar kolej, pengguna perniagaan serta pencipta kandungan.
Cip M6 menampilkan Unit Pemproses Teras (CPU) 12 teras iaitu dua teras lebih banyak berbanding sebelum ini, dan Unit Pemproses Grafik (GPU) 12 teras yang memberikan prestasi grafik sehingga 30 peratus lebih pantas berbanding M5.
Bagi beban kerja AI, prestasinya sehingga 25 peratus lebih pantas, manakala Enjin Neural 16 teras berganda menawarkan kelajuan sehingga 1.9 kali ganda lebih tinggi daripada M5.








