New York: Tiga beradik yang didapati bersalah mengeksploitasi kedudukan mereka dalam kalangan golongan kaya dan elit masyarakat di New York serta Miami untuk memberi dadah dan merogol wanita, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada Selasa, lapor Reuters.
Kembar, Alon Alexander dan Oren Alexander, 39, serta Tal Alexander, 40, dijatuhi hukuman oleh Hakim Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS), Valerie Caproni, di Manhattan, tujuh bulan selepas mereka didapati bersalah atas pelbagai kesalahan seksual, termasuk konspirasi melakukan pemerdagangan seks, selepas perbicaraan selama enam minggu.
Peguam ketiga-tiga beradik itu belum memberikan maklum balas terhadap permintaan untuk mengulas perkara berkenaan.








