TEHRAN: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata sebuah kapal tangki minyak terbakar di Selat Hormuz selepas terkena periuk api, dalam kes terbaharu seumpamanya sejak Tehran memperketat kawalan di laluan itu.
Iran menguasai Selat Hormuz selepas perang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel tercetus pada akhir Februari, sekali gus menyekat laluan perkapalan penting yang lazimnya membawa kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia.
Republik Islam itu menuntut semua kapal mendapatkan kebenarannya sebelum melalui selat berkenaan.
"Sebuah kapal tangki minyak telah melanggar periuk api laut di selatan Selat Hormuz, mengakibatkan letupan dan kebakaran di bilik enjinnya," lapor media kerajaan Iran yang memetik kenyataan IRGC.










