Pencemaran akibat asap daripada kebakaran hutan yang berlarutan selama beberapa bulan di Indonesia dianggarkan menyebabkan 3,560 kematian di negara kepulauan Asia Tenggara itu pada September lalu, menurut satu kajian baharu.
Key takeaways
Kajian CREA menganggarkan 3,560 kematian akibat pencemaran asap kebakaran hutan di Indonesia pada September 2026, meningkat dua kali ganda berbanding Ogos. Sekitar 57.8 juta penduduk terdedah kepada udara tidak sihat hingga berbahaya pada bulan tersebut.
- Kematian dianggarkan akibat pendedahan jangka pendek kepada zarah halus PM2.5 yang menembusi paru-paru atau aliran darah.
- Wilayah Kalimantan mencatatkan kebanyakan kematian, diikuti oleh pulau Jawa, Sumatera dan kawasan timur Indonesia.
- Penyelidik turut meneliti pencemaran bukan berpunca daripada kebakaran, termasuk penjanaan kuasa, industri dan pengangkutan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
JAKARTA: Pencemaran akibat asap daripada kebakaran hutan yang berlarutan selama beberapa bulan di Indonesia dianggarkan menyebabkan 3,560 kematian di negara kepulauan Asia Tenggara itu pada September lalu, menurut satu kajian baharu.
Pada bulan sama, kira-kira 57.8 juta penduduk Indonesia terdedah kepada udara tidak sihat hingga berbahaya, menurut Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Bersih (CREA), sebuah badan pemikir yang berpangkalan di Helsinki.
“Kualiti udara yang semakin merosot akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia menyebabkan jumlah kematian dianggarkan mencecah 3,560 kes pada September 2026, meningkat dua kali ganda berbanding anggaran pada Ogos,” menurut kenyataan CREA pada Khamis.