KUALA LUMPUR: Nexen Tire menyasarkan memperluas rangkaian pengedarannya kepada lebih 100 kedai tayar di seluruh negara menjelang 2027 menerusi langkah memperkukuh operasi secara langsung di Malaysia.

Pengurus Besar Nexen Tire Malaysia, Mark Kim, berkata syarikat itu akan membuka gudang sendiri bermula Januari tahun depan bagi memperluas pengedaran dan bekalan tayar kepada lebih banyak kedai peruncitan.

"Kami mahu mengembangkan pasaran bersama rakan pengedar sedia ada, bukan bersaing dengan mereka. Harga yang ditawarkan juga akan dikekalkan pada tahap setara," katanya ketika pelancaran dua model tayar baharu di sini, hari ini.

Turut hadir Pangarah Urusan Nexen Tire Malaysia, Tony Chung.