Pintu rundingan bagi memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan sentiasa terbuka kepada mana-mana wakil rakyat yang berminat dan ia tidak terhad kepada 13 ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian itu.
Key takeaways
Kerajaan menyatakan pintu perbincangan untuk memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) kekal terbuka kepada mana-mana ahli Parlimen, bukan hanya 13 orang yang telah menandatanganinya. Hal ini diumumkan oleh Datuk Seri Fahmi Fadzil sebagai langkah positif untuk kestabilan politik negara.
- CSA tidak terhad kepada 13 ahli Parlimen yang telah menandatangani perjanjian tersebut.
- Isu penandatanganan CSA dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
- Kerajaan mempertimbangkan pendekatan penilaian bersama untuk memantau pelaksanaan reformasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PUTRAJAYA: Pintu rundingan bagi memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan sentiasa terbuka kepada mana-mana wakil rakyat yang berminat dan ia tidak terhad kepada 13 ahli Parlimen yang menandatangani perjanjian itu.
Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sentiasa bersedia dan terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana ahli Parlimen yang berhasrat untuk memeterai CSA berkenaan.
“Tindakan menandatangani MoU (memorandum persefahaman) ataupun CSA ini tidak terbatas kepada 13 orang hli Parlimen ini sahaja dan terbuka kepada mana-mana ahli Parlimen yang berhasrat untuk datang, berbincang dan memeterai CSA.
“Jadi, pintu perbincangan itu kekal terbuka,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini hari ini.